All Intermediate members are reminded that the EIRC Course is going to held on this coming Sunday. Those who are taking the examination, please BE PUNCTUAL. Particulars of the event are as follow :
Date: 12 September 2009
Time: 8.00am – 12.00pm & 1.00pm - 5.00pm
Venue: SMK Kuching High
Dress Code: RC t-shirt, long pants and black shoes (if don’t have, just wear sport shoes)
For the coming lecture, practical session and examination date, the particulars of the event are as follow :
Tarikh/Masa
No.
Topik
Penceramah
12 September 2009
(Sabtu)
8.00a.m - 9.30a.m
1.0
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
SEJARAH PALANG MERAH
Jean Henry Dunant
Kenangan Solferino
Jawatankuasa Berlima
1864- Konvensyen Geneva Pertama
1949- 4 Konvensyen Geneva
1977- 2 Protokol Tambahan
Emblem Palang Merah/ Bulan Sabit Merah
9.40a.m - 11.10a.m
2.0
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6
2.7
PRINSIP PALANG MERAH
Kemanusiaan
Kesaksamaan
Keberkecualian
Kebebasan
Perkhidmatan Sukarela
Ketunggalan
Kesejagatan
Puan
Hu
Sing Min
11.20a.m -11.50a.m
Ulang Kaji
1.00p.m - 3.00p.m
3.0
3.1
3.2
3.3
3.4
STRUKTUR & ORGANISASI PERGERAKAN PALANG MERAH ANTARABANGSA
Pada 5 Jun hingga 9 Jun 2009, saya, Bong Yan Kai dan kawan saya, Lim ChiaWen telah mewakili Unit Belia Bulan Sabit Merah SMK Kuching High dan juga mewakili Bulan Sabit Merah cawangan Kuching, menyertai “Youth Survival Camp II” peringkat negeri yang bertempat di Sungai Stok, Sarikei. Lima orang dari SMK Siburan dan seorang dari SMK Green Road turut mewakili Bulan Sabit Merah cawangan Kuching untuk menyertai perkhemahan ini. Perkhemahan ini melibatkan ahli-ahli Bulan Sabit Merah dari cawangan Kuching, cawangan Stampin, cawangan Sri Aman, cawangan Serian, cawangan Miri dan juga cawangan Sarikei yang menjadi penganjur kem ini. Seramai 115 telah menyertai perkhemahan ini. Kami telah diiringi oleh Encik Michael Soo.
Bagi memastikan semua wakil cabang Kuching dapat melibatkan diri secara langsung dalam program Youth Survival Camp II 2009 ini, kami pun bertolak pada 4 Jun 2009, 10.30 malam, lalu tiba di stesen bas Sarikei pada 4.00 pagi, 5 Jun 2009 dengan menaiki bas expres Biaramas. Sebaik-baik sahaja kami sampai di stesen bas Sarikei, kami pun menaiki ambulans kecil ke ibu pejabat cawangan Sarikei yang berdekatan dengan stesen bas itu. Ketika tiba di ibu pejabat cawangan Sarikei, saya dan rakan-rakan dari cawangan Kuching pun bersedia untuk tidur supaya mendapat tenaga yang secukupnya.
Saya dan kawan-kawan dari cawangan Kuching bangun pada pukul 8.00 pagi dan bercadang untuk makan sarapan pagi di kedai makan yang berdekatan. Selepas itu, kami pun bersiar-siar di Bandar Sarikei sehingga pukul 1.00 petang. Semasa kami balik lagi ke ibu pejabat , kami bersiap sedia untuk melaporkan diri di kaunter pendaftaran. Pihak pengajur telah mengalu-alukan kedatangan semua peserta. Kesemua peserta telah dibahagikan kepada lapan kumpulan, iaitu Alamanda, Bougainvillea, Carnation, Daisy, Echium, Fern, Germanium dan Hibiscus. Pada petang itu, makan malam telah disediakan. Selepas itu, kita telah menyanyikan lagu kem ini. Aktiviti yang seterusnya adalah “Ice Breaking”. Sebelum semua peserta tidur, pihak penganjur telah memberitahu kita tentang peraturan-peraturan yang harus kita patuhi dalam kem ini.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang “Youth Survival Camp II 2009” ini memanfaatkan para peserta dalam kem ini.
Pada 6 Jun 2009, kita pun bertolak ke tapak perkhemahan A di Sungai Stok selepas makan sarapan pagi. Kira-kira sejam kita tiba di situ. Selepas itu, kita bertungkus-lumus mendirikan khemah masing-masing dan dibantu oleh ahli jawatankuasa kem ini. Saya telah dipilih sebagai “penghulu” bagi menjaga keselamatan peserta-peserta lain. Makan tengah hari telah dimasak oleh setiap kumpulan dalam tempoh masa dua jam. Kemudian, aktiviti “Gadget” telah diadakan. Para peserta mengerat batangan buluh di hutan yang berdekatan lalu membuat “perabot”. Selepas makan malam, aktiviti “Night Hunter” telah diadakan. Para peserta dikehendaki mencari pin-pin kecil yang dilekat pada batang-batang pokok dengan menggunakan lampu suluh. Empat kumpulan telah diarahkan bagi “Night Shift” dengan mengikut masa yang ditentukan.
Pada 7 Jun 2009, saya selaku “penghulu” dikehendaki menaikkan bendera Bulan Sabit Merah. Lagu “Negaraku” telah dinyanyikan. Kemudian, para peserta telah melibatkan diri dalam senaman pagi dengan lagu “Chicken Dance”. Selepas bersarapan pagi, para peserta mengikuti ahli jawatankuasa untuk “Jungle Tracking” selama dua jam dalam hutan tersebut. Sebelum makan tengah hari, majlis perasmian telah diadakan dan perkhemahan ini telah dirasmikan dan dilancarkan dengan sahnya. Aktiviti yang seterusnya adalah “Obstacle game”. Semua peralatan bagi “Obstacle game” ini diperbuat daripada buluh. Pada malam itu, kami telah beredar ke tapak perkhemahan B bagi memasak makanan malam masing-masing. Selain itu, kami mengambil masa ini untuk mencari batangan kayu dan daun-daun supaya sempat membina pondok penginapan bagi malam itu. Aktiviti “Treasure Hunt” telah dibatalkan oleh sebab-sebab yang tertentu. Walau bagaimanapun, aktiviti ini telah digantikan dengan aktiviti lain. Empat kumpulan yang lain telah diarahkan bagi “Night Shift” pada malam tersebut.
Pada 8 Jun 2009, para peserta pun kembali ke tapak perkhemahan A untuk mandi. Selepas bersarapan pagi, kamimengikuti ahli jawatankuasa untuk pergi ke tapak perkhemahanyang terletak di atas bukit. Laluan itu sangat licin dan serong. Kira-kira sejam setengah kami tiba di situ dan memulakan “Backwood Cooking”. Aktiviti yang seterusnya adalah “Physical and Mental Game”. Aktiviti lasak ini terdapat banyak rintangan yang susah. Pada senja itu, kami semua pun balik ke tapak perkhemahan A dan bersedia untuk mandi. Malam itu, para peserta makan berdekatan dengan “campfire”. Aktiviti seterusnya adalah “Perfomance”. Setiap kumpulan dan cawangan dikehendaki berlakon di hadapan para peserta. Saya dan rakan-rakan secawangan rajin menjalani latihan dan raptai bagi menyanyi lagu. Persembahan ini telah mendapat tepukan yang gemuruh dari semua peserta.
Pada 9 Jun 2009, para peserta pun melibatkan diri dalam senaman pagi. Selepas makan pagi, aktiviti “Sukaneka” telah diadakan dengan sempurna. Kemudian, para peserta menikmati masakan ahli jawatankuasa bagi tengah hari tersebut. Sebelum kami balik ke ibu pejabat cawangan Sarikei, tapak perkhemahan pun dibersihkan dan “foto sekeluarga” kem ini telah diambil sebagai kenangan yang manis. Malam tersebut merupakan majlis penutupan dan “Recognition Night” bagi cawangan Sarikei. Kumpulan saya iaitu Bougainvillea muncul sebagai Johan dalam kem ini. Selepas majlis penutupan tamat, upacara pertukaran hadiah pun diadakan.
Pada 10 Jun 2009, para peserta mengambil peluang keemasan mengambil gambar-gambar dengan ahli BSM dari cawangan-cawangan yanglain. Kira-kira pada pukul 8.30 pagi, semua peserta pun berpisah dan balik ke rumah masing-masing. Selepas itu, Encik Michael Soo bercadang untuk membawa saya dan rakan-rakan secawangan ke Bintangor dan Sibu sepanjang petang itu. Kami pun membeli pelbagai cenderamata sebelum balik ke ibu pejabat cawangan Sarikei. Malam itu, kami telah dibawa ke sebuah restoran untuk menikmati keistimewaan makanan di Sarikei. Pada 11.00 malam itu, kami bertolak balik ke Kuching dengan menaiki bas expres Biaramas.
Dalam kem ini, saya berpeluang berinteraksi dengan ahli-ahli BSM dari cawangan yang lain dan berasa amat bangga kerana dapat mewakili sekolah dan cawangan Kuching menyertai kem ini. Banyak pengalaman telah saya perolehi dalam kem ini.
All Form 4 members are reminded that the Nursing Lecture is going to hold on 20/09/09 (Sunday). Those who are taking the examination, please BE PUNCTUAL. Particulars of the event are as follow :
Date: 20 September 2009 Time: 9.00am - 11.30am Venue: SMK Kuching High
Dress Code: RC t-shirt, long pants and black shoes
For the coming examination date, the particulars of the event are as follow :
Date : 04 October 2009 Date : 1.00-4.00p.m Venue : SMK Kuching High
Dress Code : RC t-shirt , long pants and black shoes
For any inquiry, pleas kindly look for : Bong Yan Kai (4S5) - 010- 9631136 Charissa Ho (4A1) - 014- 9976919
All Intermediate members are reminded that the FAITC Exam is going to hold on this coming Sunday.Those who are taking the examination, please BE PUNCTUAL. Particulars of the event are as follow :
Date: 09 September 2009 Time: 9.00am - 11.30am
Venue: SMK Kuching High
Dress Code: RC t-shirt, long pants and black shoes
For the coming lecture, practical session and examination date, the particulars of the event are as follow :
Tarikh/Hari
Perkara
Jurulatih
06.9.09
Ahad
9.00-11:30 a.m.
Ceramah
Puan Rohayah
Venue: Bilik AVA II
06.9.09
Ahad
2.30-4.30 p.m.
Ceramah
Cik Connie Jong
Venue : Bilik AVA II
12.09.09
Sabtu
2.00-5.00p.m.
Ceramah
-Bilik AVA II
19.9.09
Sabtu
8.00-11.00 a.m.
Sesi Praktikal
Guru Penasihat dan Pemimpin
26.9.09
Sabtu
8.00 – 9.00a.m
9.30- 11.00a.m
11.00 – 12.00tgh
12.00-4.00 p.m
Peperiksaan Percubaan – Teori
Peperiksaan Percubaan – Praktikal
REHAT
Peperiksaan Percubaan - Lisan
Guru Penasihat dan Pemimpin
3.10.09
Sabtu
1.00-5.00 p.m.
Peperiksaan Pertolongan Cemas Asas- Teori
4.10.09
AHAD
8.00a.m.
Peperiksaan Pertolongan Cemas Asas – Lisan & Praktikal
For any inquiry, please kindly look for:
Bong Yan Kai (4S5) - 010-9631136 Charissa Ho (4A1) - 014-9976919