Friday, 17 April 2009

Laporan Menyertai Perkhemahan SUKBEL BSMM & Rakan Muda Peringkat Kebangsaan Dan Rantau Asia & Asia Tenggara 2009

Pada 1 April hingga 4 April 2009, saya selaku Ketua Utama Seksyen Unit Belia Bulan Sabit Merah No: 4 telah mewakili Unit Belia Bulan Sabit Merah SMK Kuching High dan juga mewakili Bulan Sabit Merah Cawangan Sarawak, menyertai Perkhemahan SUKBEL BSMM & Rakan Muda Peringkat Kebangsaan Dan Rantau Asia & Asia Tenggara 2009 peringkat antarabangsa yang bertempat di KEDA Resort Bendang Man, Sik, Kedah Darul Aman. Perkhemahan ini melibatkan ahli- ahli Bulan Sabit Merah dan pasukan Rakan Muda yang datang dari seluruh dunia contohnya ahli- ahli Bulan Sabit Merah dari Negara Malaysia, Negara Thailand, Negara Myanmar, Negara Indoenesia, Negara Bangladesh, Negara Korea, Negara Vietnam dan ahli-ahli Negara Negara yang lain. Seramai 3000 orang peserta telah menyertai perkhemahan ini. 6 orang wakil dari Cawangan Sarawak telah dihantar sebagai wakil untuk menyertai perkhemahan SUKBEL ini, iaitu seorang wakil cabang Miri, 3 orang wakil cabang Stampin, dan saya pula yang mewakili cabang Kuching.
Untuk memastikan kesemua wakil-wakil cabang Sarawak dapat melibatkan diri secara langsung dalam semua program SUKBEL ini, pasukan kami telah bertolak pada 31 Mac 2009 pagi dan telah tiba di kapal terbang LCCT di Sepang pada tengah hari menggunakan kapal terbang Air Asia. Sebaik-baik sahaja sampai di Kapal Terbang LCCT, kami pun menaiki bas bersama- sama dengan ahli-ahli Bulan Sabit Merah dan pasukan Rakan Muda dari Kuala Lumpur dan Vietnam menuju ke tapak perkhemahan di KEDA Resort Bendang Man, Sik, Kedah Darul Aman. Perjalanan ke tapak perkhemahan di Kedah mengambil masa selama kira- kiranya 8 jam. Semasa tiba di tapak perkhemahan, saya dan rakan-rakan dari Sarawak bertungkus- lumus mendirikan khemah kita dan seterusnya kami pun bersedia untuk tidur.
Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan SUKBEL ini yang banyak memanfaatkan para peserta kem ini.
Pada 1 April 2009 pula, peserta- peserta dari seluruh dunia telah melaporkan diri di kaunter pendaftaran dan kesemua peserta dan pihak penganjur telah mengalu-alukan kedatangan peserta- peserta terutamanya yang datang dari luar Negara. Pada petang itu juga, majlis perasmian telah diadakan dan perkhemahan ini telah dirasmikan dan dilancarkan dengan sahnya.
Pada 2 April 2009, aktiviti- aktiviti seperti “Skill Station”, Pertandingan Pidato, “Saya Anak Malaysia” Perjalanan Ke Solferino, Itali (Hari Ulang Tahun Kewujudan Palang Merah 1859-2009), Pertandingan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa telah diadakan pada pagi hingga petang. Program pengisian malam telah dibatalkan akibat hujan lebat. Dalam aktiviti “Skill Station”, terdapat 6 station dan setiap station bertujuan mendedahkan para peserta tentang pengetahuan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa(UUKA), Pertolongan Cemas, Inovasi, Daya Cipta, dan Pergerakan Rakan Muda telah dijalankan untuk memantapkan pengetahuan di samping menambahkan pengetahuan para peserta kem ini. Pada petang itu nanti, pertandingan pidato bertajuk “ Saya Anak Malaysia” telah diadakan, banyak peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Kesemua wakil Sarawak termasuk saya telah melibatkan diri dalam pertandingan ini. Pertandingan UUKA turut diadakan tetapi pasukan Sarawak tidak mengambil bahagian dalam aktiviti ini disebabkan kami telah mengambil bahagian dalam pertandingan pidato. Keputusan akan diumumkan pada majlis penutupan kem ini.
Pada 3 April 2009 pula, aktiviti “Disaster Relief” telah dijalankan pada pagi hingga petang. Pada pagi hari itu, ceramah berkaitan “Disaster Relief” telah dijalankan dan praktikal senario telah diadakan. Saya selaku ketua kontigen serta wakil dari cawangan Miri telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Saya bersama-sama dengan wakil Miri telah memperoleh banyak pengetahuan dalam aktiviti ini. Seterusnya, seorang wakil dari cawangan Stampin telah mewakili cabang Sarawak telah mempersembahkan tarian Iban dan Bidayuh pada malam kebudayaan. Persembahan ini telah mendapat tepukan yang gemuruh dari semua penonton.
Pada 4 April 2009, raptai majlis penutupan telah diadakan pada pagi dan majlis penutupan telah diadakan pada petang ini. Pada masa yang sama, keputusan bagi acara- acara yang dipertandingkan. Dalam Pertandingan Pidato, “Saya Anak Malaysia” Perjalanan Ke Solferino, Itali (Hari Ulang Tahun Kewujudan Palang Merah 1859-2009), saya telah muncul sebagai Naib Johan dalam pertandingan ini dan wakil dari Miri muncul sebagai tempat ketiga. Selepas majlis penutupan, saya dan ahli-ahli BSM Sarawak yang lain telah mengambil peluang keemasan mengambil gambar-gambar dengan ahli BSM dari luar Negara. Pada petang itu juga, semua peserta pun berpisah dan balik ke tanah air masing-masing.
Selepas itu, kami pun mengikuti program “Homestay” dari 4 April hingga 7 April 2009. Kami telah bertolak ke Pulau Pinang selepas majlis penutupan. Kami telah menginap di Hotel Fu How selama 3 hari 2 malam dan pegawai Pulau Pinang telah membawa kami untuk menikmati keistimewaan makanan Pulau Pinang dan melawat tempat-tempat tarikan pelancong- pelancong. Pada 6 April, kami pun bertolak ke Kuala Lumpur, kami berpeluang melawat KLCC dan Petronas Twin Towers. Pada petang 7 April 2009, kami bertolak balik ke Kuching.
Dalam kem ini, saya berpeluang berinteraksi dengan ahli- ahli BSM dari luar Negara dan berasa bangga dapat mewakili cawangan Sarawak menyertai kem ini. Banyak pengalaman yang telah saya perolehi dari kem ini.





Disediakan oleh,

Fabian Chew
………………………………..
(FABIAN CHEW PANG YAW)
Ketua Utama Seksyen ,
Unit Belia Bulan Sabit Merah SMK Kuching High.



Gambar- gambar

Peserta-peserta yang mewakili Cawangan Sarawak menyertai Perkhemahan SUKBEL ini.
Wakil-wakil Sarawak di depan Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Saya bersama- sama wakil-wakil Sarawak yangg lain dengan wakil- wakil dari Acheh, Indoenesia.

Saya serta wakil-wakil Sarawak lain bersama-sama peserta-peserta dari Vietnam.

No comments: